Pembayar cukai bergaji diingat kemuka BNCP selewat-lewatnya pada 15 Mei

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR 10 Mei. – Pembayar cukai individu yang bergaji diingatkan agar mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) masing-masing melalui kaedah e-filing selewat-lewatnya Sabtu ini (15 Mei).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun pembayar cukai individu yang mempunyai satu punca pendapatan penggajian dan telah membuat Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh memilih untuk tidak mengemukakan BNCP kepada LHDN.

“Jika pilihan telah dibuat, tidak mengemukakan BNCP, maka PCB yang telah dipotong oleh majikan adalah dianggap sebagai Cukai Muktamad dan layanan Cukai Muktamad ini berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2014,โ€ menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut pihak LHDN menerbitkan dan memuat naik Nota Amalan Cukai Muktamad ke portal rasmi LHDNM bagi menjelaskan layanan cukai ke atas Cukai Muktamad.

Nota Amalan itu menerangkan perkara-perkara antaranya syarat PCB boleh dianggap sebagai Cukai Muktamad dan implikasi kepada pilihan Cukai Muktamad yang dibuat oleh pembayar cukai.

Selain itu, Nota Amalan juga menjelaskan kategori pembayar cukai yang tidak layak memilih Cukai Muktamad, antaranya bekerja lebih daripada satu majikan, suami atau isteri membuat pilihan untuk ditaksir bersama di bawah Seksyen 45 Akta Cukai 1967(ACP) dan cukai ditanggung oleh majikan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

546
Kongsi :
Previous post ‘Demo balik raya dengan ambe deh’
Next post Maklum kepada polis jika jiran langgar SOP Aidilfitri- KP Perlis
Ubah saiz-+=