
Pemborong diesel berdepan 116 pertuduhan tidak kemuka dokumen pembelian lebih RM10 juta
KOTA BHARU 23 Jun – Seorang pemborong hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 116 pertuduhan gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian diesel bernilai lebih RM10 juta untuk tujuan eksport dan tidak menyelenggara buku stok bahan bakar itu.
Mohd Fared Ramli, 36, pemilik perniagaan Wau Beremas Enterprise, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Sultan Omar, Kampung Chepa, Kubang Kerian di sini pada 12.30 tengah hari 18 Dis 2022.
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-58, tertuduh yang juga pemegang lesen borong diesel didakwa gagal mengemukakan dokumen dan maklumat yang dikehendaki oleh Penolong Pengawal Bekalan mengikut Seksyen 8(1)(a) Akta Kawalan Bekalan 1961.
Bagi pertuduhan ke-59 hingga ke-116, Mohd Fared didakwa gagal menyelenggara buku stok diesel yang tidak mengandungi maklumat mengenai tarikh, harga, nama dan alamat penjual atau pembeli bagi penjualan bahan bakar itu untuk tujuan eksport.
Dia didakwa mengikut Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 Akta yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Mohd Sophian Zakaria dan Suhana Mohd manakala tertuduh diwakili oleh peguam Datuk Sukri Mohamed.
Terdahulu, Mohd Sophian menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin kepada Mohd Fared bagi semua kesalahan.
Beliau turut memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh melapor diri ke ibu pejabat KPDN Putrajaya setiap bulan dan menyerahkan pasportnya atas alasan kes ini melibatkan kepentingan awam.
Sukri pula memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya tiada masalah dan bersetuju dengan syarat tambahan yang dimohon oleh pihak pendakwaan.
Hakim Zulkifli Abllah kemudian membenarkan Mohd Fared diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan beserta syarat tambahan seperti dimohon oleh pendakwaan dan menetapkan 23 Julai ini untuk sebutan semula kes.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF
KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini...
PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT
ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07...
KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk....
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...

