Pembukaan sempadan negara beri ‘nyawa’ kepada pemain industri pelancongan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 8 Mac- Pengumuman pembukaan sempadan negara sepenuhnya bermula 1 April ini menjadi khabar gembira yang dinanti-nanti buat pemain industri pelancongan negeri Melaka.

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara langsung petang tadi menjadi permulaan kepada pemulihan ekonomi negeri Melaka yang berasaskan pelancongan.

Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Madeline WL Kuah berkata, beliau mewakili pemain industri pelancongan negeri mengalu-alukan langkah kanan itu.

Beliau memuji langkah yang diambil kerajaan dan mengharapkan pengembara luar negara memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan.

“Saya amat mengalu-alukan langkah kerajaan, saya sifatkan pengumuman ini seperti memberi nyawa buat pemain industri pelancongan negara,” katanya.

PENGERUSI Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Melaka Sazali Sabri

Nada sama turut disuarakan oleh Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Sazali Sabri, yang mengharapkan pengumuman yang sememang dinanti-nantikan oleh pemain industri pelancongan.

Katanya, diharapkan dengan pembukaan pintu sempadan negara sepenuhnya, prosedur operasi standard (SOP) tidak dilupakan meskipun dilonggarkan dalam menuju ke fasa endamik kelak.

“Syukur, memang itu yang kami nantikan. Dalam kegembiraan menyambut pengumuman besar ini, saya juga harapkan SOP masih dikekalkan bagi membendung penularan COVID-19.

“Dengan pengumuman ini boleh lah kami pemain industri menyiapkan pakej-pakej menarik untuk menyambut kehadiran pengembara luar pulak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

841
Kongsi :
Previous post Had operasi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April 2022
Next post Malaysia ke fasa peralihan endemik – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=