
Had operasi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April 2022
KUALA LUMPUR, 8 Mac – Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April, 2022, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata pemilik premis dibolehkan untuk melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.
“Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar,” katanya pada sidang media khas mengenai fasa ‘Peralihan ke Endemik[‘, di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan ‘exit strategy’ (strategi keluar daripada pandemik) untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
DEEPAVALI LEBIH BERMAKNA, TOK RAUF SANTUNI MASYARAKAT INDIA MASJID TANAH
LENDU 7 November – Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan suasana sambutan Deepavali bersama...
BAZAR DEEPAVALI LITTLE INDIA LAMBANG PERPADUAN LEBIH 30 TAHUN
BANDA HILIR 7 November - Bazar Deepavali di Little India bukan sekadar menjadi tumpuan masyarakat mendapatkan keperluan perayaan, malah mencerminkan...
DEEPAVALI JADI JAMBATAN PERPADUAN, KEHARMONIAN RAKYAT MELAKA TERUS DIPERKASA – AB RAUF
BANDA HILIR 6 November - Sambutan Deepavali bukan sekadar perayaan keagamaan masyarakat Hindu, malah menjadi wadah mempererat hubungan silaturahim dan...
HAK NAJIB PERLU DIHORMATI – TAKIYUDDIN
AYER KEROH 6 November – Perikatan Nasional (PN) yakin isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan...
PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN TUMPU RANCAKKAN EKONOMI, LUASKAN PENDAPATAN RAKYAT – MCA
AYER KEROH 6 November - Penekanan terhadap usaha menarik pelaburan dan mewujudkan 25,000 peluang pekerjaan baharu menjadi antara perkara yang...
MAIM PERKASA TADBIR URUS, KEBAJIKAN KAKITANGAN JADI KEUTAMAAN
AYER KEROH 6 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkukuh kerjasama antara pengurusan jabatan dengan warga kerja menerusi...


