
Pembukaan sempadan negara: hanya laluan darat sahaja untuk ke Melaka – Sulaiman
LENDU 1 Apr – Hanya laluan darat sahaja boleh digunakan pelancong dalam dan luar negara yang ingin berkunjung ke Melaka susulan pembukaan sempadan negara dimulakan, hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pihaknya difahamkan setakat ini laluan udara dan laut masih ditutup.
“Saya difahamkan hanya laluan darat sahaja untuk Melaka dan kita juga sedang menunggu daripada pihak persekutuan kerana kita juga mahukan kapal dan feri untuk masuk ke Melaka.
“Bagaimanapun itu masih dibawah kuasa pihak imigiresen dan Jabatan Laut, sekarang saya masih menunggu prosedurnya.
“Saya yakin hari ini kemasukan ke Melaka akan meningkat disebabkan bagi menyambut Ramadan dan kebiasaannya pada Jumaat kemasukan ini akan meningkat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia (PEDi) di Taman Bandar Baru Masjid Tanah, di sini hari ini.
Sulaiman turut menyasarkan kemasukan pelancong Singapura dan berharap pengusaha hotel dan pemain industri berkenaan di negeri ini sudah bersedia sepenuhnya.
Namun, beliau berharap semua pihak terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun negara kini berada dalam fasa endemik.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
SERI BENDAHARA 22 September - Lebih 200 pencapaian merentasi pelbagai bidang direkodkan Kerajaan Negeri sepanjang lebih tiga tahun pentadbiran diterajui...
MELAKA HARGAI JASA PESARA POLIS
SERI BENDAHARA 22 September - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah lebih RM300,000 kepada pesara dan persatuan Polis Diraja Malaysia...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN KLEBANG BAWA MANFAAT PELBAGAI LAPISAN
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang memanfaatkan masyarakat setempat menerusi pelbagai bentuk...
RM7 JUTA DISALUR UNTUK LAKSANA PROJEK KECIL DUN RIM
RIM 22 September – Hampir RM7 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dalam...
REZEKI ‘NEWBIE’, IKAN KURAU BAWA TUAH BUAT MOHD RIDZUAN DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 September - Rezeki tidak salah alamat. Itulah yang berlaku kepada Mohd Ridzuan Jaapar, 40, apabila ikan kurau...
MAIM HULUR SUMBANGAN BAIK PULIH KEMUDAHAN MAAHAD TAHFIZ KASYFUL-ULUM
KLEBANG 22 September - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang membawa berita gembira buat Maahad Tahfiz...

