Usahawan capai lebih 50 peratus hasil jualan selepas sertai PEDi

Masa Membaca:2 Minit, 4 Saat

LENDU 1 Apr – “Alhamdulillah kini jualan saya semakin memberangsangkan, meningkat 50 peratus selepas menyertai kursus dan latihan ditawarkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi),” kata Zainoon Akma Ramli, 53.

Pengurus Akma Event & Catering itu kini bergelar usahawan berjaya selepas hampir gulung tikar akibat kekerosotan jualan susulan penularan wabak pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Dia berkata, berikutan perniagaan katering yang merosot dia memperkenalkan produk baharu iaitu rendang daging dendeng dan rempeyek.

“Saya didedahkan dengan pelbagai ilmu ketika mengikuti latihan di PEDi Bandar Baru Masjid Tanah di mana saya tidak pernah tahu strategi yang sebenarnya dalam perniagaan sebelum mengikuti kursus ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Perasmian Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Bandar Baharu Masjid Tanah yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di sini, pagi tadi.

Perniagaan yang dijalankan Zainoon beroperasi di rumahnya di Taman Bandar Baru Masjid Tanah dibantu ahli keluarga.

“Alhamdulillah, sekarang perniagaan ini semakin ke hadapan dengan bantuan ahli keluarga yang tidak putus-putus bersama mencari jalan lain agar tidak terus terkesan dengan pandemik ini.

“Sehingga kini pasaran rendang daging dendeng ini telah berjaya menempa nama di pasaran dalam talian malah ia juga telah dieksport ke Korea dan Singapura.

“Syukur selepas saya mengikutib PEDi kerana mereka mengajar saya cara pemasaran yang betul, pembungkusan dan penjenamaan serta pelbagai lagi untuk mengembangkan perniagaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

PEDI Bandar Baru Masjid Tanah telah berjaya melahirkan seramai 35 usahawan aktif di Masjid Tanah dan mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi.

HASNAH bersama beberapa produk kuih dan kerepek yang dihasilkan syarikat keluarganya itu memperoleh nilai jualan lebih 50 peratus selepas mengikuti PEDi.

Sementara itu, usawahan Ecah Food, Hasnah Awang, 53, yang menjual pelbagai kuih dan kerepek berkata PEDi banyak membantu syarikat yang diusahan anak sulungnya, Aisyah Raya,30 dan kini mempunyai kilang kecil di Bandar Bakri, Muar, Johor.

Dia juga yang menetap di Taman Bandar Baru meluahkan rasa syukur berikutan pelbagai ilmu dicurahkan sehinggakan jualannya itu berjaya dikembangkan ke seluruh negara.

“Alhamdulillah, kalau dulu kami hanya mempunyai kira-kira tujuh ejen untuk memasarkan produk tapi sekarang semakin berkembang dan mempunyai lebih 20 ejen seluruh negara.

“Terima kasih kepada kerajaan dalam membantu kami membangunkan syarikat keluarga ini untuk terus kehadapan agar sama maju seperti syarikat lain.

“PEDi banyak memberi manfaat kepada kami dan berharap ia wajar diteruskan bagi membina usahawan kecil khususnya di luar kawasan bandar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

740
Kongsi :
Previous post Polis perlu menangi hati masyarakat – KP Melaka
Next post Pembukaan sempadan negara: hanya laluan darat sahaja untuk ke Melaka – Sulaiman
Ubah saiz-+=