
POLITEKNIK MERLIMAU RANGKUL EMAS, DINOBAT FAC MASTER, LAYAK KE FIRA WORLD CUP 2027
Pengarah Politeknik PMM Norizam Sekak berkata kemenangan itu, diraih menerusi kategori FIRA Autonomous Car Challenge sekali gus dinobatkan sebagai FAC Master.
“Kejayaan tersebut turut melayakkan PMM mewakili POLYCC ke FIRA World Cup 2027 sekali gus membuka peluang untuk membawa nama institusi ke peringkat antarabangsa.
“Selain itu, PMM turut meraih satu pingat perak dan tempat keempat bagi kategori MyBOT FIRA Tower Challenge,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Norizam berkata pencapaian itu juga, membuktikan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu bersaing pada peringkat tinggi melalui inovasi, kreativiti dan penyelesaian masalah berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM).
Beliau berkata PMM akan terus memperkukuh pembangunan bakat pelajar bagi memastikan lebih banyak kejayaan dapat dilakar pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kejohanan bertemakan “Robotik Mencetus Penyelesaian Masa Hadapan itu, disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Dr Aminuddin Hassim di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu (PKB), semalam. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


