
Pemimpin jangan salah kuasa – Dira
RIM 30 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim mengingatkan kepada semua pemimpin pelajar untuk menggalas tanggungjawab dengan baik dan tidak menyalahgunakan kuasa diberikan.
Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata demikian sewaktu menghadiri perasmian Majlis Watikah Pelantikan Pengawas dan Pemimpin Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Haji Abd. Aziz Tapa di sini.

Menurutnya, sebanyak 12 kategori pemimpin sekolah berkenaan diberikan kepada pelajar yang layak meliputi aspek keselamatan, kebersihan dan lain- lain.
“Saya mengingatkan semua pemimpin pelajar yang baharu dilantik untuk menggalas tanggungjawab dengan baik dan tidak sesekali menyalahgunakan kuasa kepada pelajar biasa.
“Jadikan medan ini sebagai tempat belajar, cara memimpin dengan baik, syabas dan tahniah saya ucapkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KARNIVAL FALAK TARIK LEBIH 7,000 PENGUNJUNG
TANJUNG BIDARA 14 September - Penganjuran sulung Karnival Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 mencatat sambutan memberangsangkan apabila lebih 7,000 pengunjung...
WRUR BUKAN PESTA KERAJAAN, TETAPI MEDAN RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan sebuah pesta atau acara Kerajaan Negeri, sebaliknya menjadi...
WRUR TANJUNG BIDARA JADI GELANGGANG KEBERSAMAAN RAKYAT, KERAJAAN
TANJUNG BIDARA 14 September - Tanjung Bidara dijadikan ‘gelanggang kebersamaan’ rakyat dan Kerajaan Negeri Melaka sepanjang tujuh hari pelaksanaan Program...
SEPERLAHAN MANA SUARA RAKYAT, WAJIB SAMPAI KE TELINGA KERAJAAN
TANJUNG BIDARA 14 September - Keluh-kesah rakyat, biarpun kecil dan suara yang disampaikan secara perlahan, tetap perlu diberi perhatian supaya...
WRUR LABUH TIRAI DI TANJUNG BIDARA, TOK RAUF ‘PULANG KE KAMPUNG’
TANJUNG BIDARA 14 September - Selepas dua tahun menjelajah 27 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Melaka, Program Wakil Rakyat...
WRUR TANJUNG BIDARA: 78 PROGRAM BERSAMA RAKYAT, 140 ADUAN AKAN DISELESAIKAN
TANJUNG BIDARA 13 September - Lebih 78 program melibatkan kesemua portfolio Exco Kerajaan Negeri dirangka sempena Program Wakil Rakyat Untuk...
