Pemuda maut, motosikal bergesel

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

ALOR GAJAH 24 Mei – Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dalam kejadian di Lebuh Sungai Udang- Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA) Ayer Keroh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu mangsa Mohamad Haziq Rozi, 18, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kemalangan itu mangsa bersama seorang lagi penunggang motosikal berusia 19 tahun dalam perjalanan dari arah sama iaitu dari Ayer Keroh menghala ke Gangsa.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua-dua motosikal itu dipercayai bergesel sesama sendiri sehingga berlaku perlanggaran dan terjatuh di atas permukaan jalan.

“Akibat daripada perlanggaran itu kedua-duanya terjatuh ke atas jalan raya dan mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian manakala seorang lagi remaja lelaki mengalami luka pada seluruh badan,” katanya.

Menurutnya, penunggang yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut pula dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

“Kedua-dua motosikal yang terbabit kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2878
Kongsi :
Previous post MATTA promosi Ekotourism Paya Lebar di mata dunia
Next post HAWANA: Sultan Nazrin Shah perkenan wartawan baca khutbah Jumaat esok
Ubah saiz-+=