
Penceramah yang ditahan dalam kes amang seksual dibebaskan dengan jaminan polis
KUALA TERENGGANU, 20 April – Penceramah bebas yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan mengenai kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Suffian Sulaiman berkata ia susulan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 61 itu berakhir hari ini.
“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan mengenai kes itu termasuk merekodkan keterangan daripada saksi-saksi lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam media melaporkan penceramah itu ditahan di Balai Polis Ajil di Hulu Terengganu ketika hadir memberi keterangan dua hari lepas, dan suspek dikatakan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berumur lima tahun, yang juga merupakan anak rakan penceramah itu di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu.
Kejadian dipercayai berlaku pada Mac lepas ketika kanak-kanak itu mengikuti keluarganya yang menyertai satu program yang diadakan suspek di rumah bot berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...
