Penempatan jawatan guru tingkatan enam semakin berkurang – KONGRES

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KOTA LAKSAMANA 21 Disember – Kongres Persatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) menggesa Kerajaan untuk menilai semula bagi membuka peluang guru Gred 41 ditempatkan sebagai guru tingkatan enam.

Presidennya, Juhari Md. Noor berkata, masalah itu berlaku berikutan kekurangan perkhidmatan guru tingkatan enam dan langkah untuk menambah penempatan guru itu perlu dilaksanakan segera.

Jelasnya, sekiranya terdapat kekosongan rata-rata sekolah di seluruh negara terpaksa berdepan kesukaran kerana syarat sedia ada menetapkan ia perlu daripada guru gred 44 yang datang dari aliran perdana.

“Kita membuat gesaan ini melalui Persidangan Perwakilan DwiTahunan Kongres Kali Ke-2 yang telah diadakan.

“Kongres juga menggesa isu kenaikan gaji guru segera dilaksanakan mengambil kira beban tugas sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian demikan pada Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kongres kali ke-21 dirasmikan oleh Timbalan Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Rosli Abdullah di sebuah hotel di Kampung Jawa, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan kepada semua guru di negara ini untuk bergiat aktif dan melibatkan diri dalam mana-mana kesatuan demi membangunkan masa depan pendidikan negara.

Katanya, guru perlu bergiat aktif bagi menyuarakan pendapat dan idea yang bernas untuk dibincangkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan sistem pendidikan.

“Saya juga menyeru kesatuan-kesatuan guru sedia menyumbang buah fikiran dan idea yang bernas untuk memajukan sistem pendidikan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1945
Kongsi :
Previous post Bangunkan instrumen buat UNIMEL, Rusyda terima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan
Next post Tempoh masa fasa percubaan zon bebas kenderaan dilanjutkan
Ubah saiz-+=