Tempoh masa fasa percubaan zon bebas kenderaan dilanjutkan

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 21 Disember – Fasa percubaan ‘car free zone’ atau zon bebas kenderaan di kawasan tumpuan pelancong sekitar Banda Hilir dilanjutkan tempoh masanya bermula 22 Disember (Jumaat) ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, tempoh masa pelaksanan fasa percubaan itu bermula dari jam 6 petang hingga Ahad (24 Disember) pada jam 12 tengah malam.

“Jalan yang ditutup ini bermula di Jalan Istana, Jalan Mahkamah, Jalan Gereja – Lorong Gereja- Jalan Laksamana – sebahagian Jalan Tun Khalil Yaakob (sebahagian jalan untuk laluan kenderaan) – Jalan Parameswara – Jalan Kota – Jalan Istana.

“Tempoh masa zon bebas kenderaan ini kira-kira selama 54 jam untuk tiga hari tersebut dan pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka.

“Pelaksanaan zon bebas kenderaan ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati keindahan sekitar bangunan bersejarah yang ada di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Untuk rekod fasa percubaan zon bebas kenderaan itu mula dilaksanakan pada awal Ogos lalu yang membabitkan penutupan jalan kira-kira 2.3 kilometer.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1326
Kongsi :
Previous post Penempatan jawatan guru tingkatan enam semakin berkurang – KONGRES
Next post PPDK capai aras lebih baik, diterima ramai
Ubah saiz-+=