Penemuan mayat dalam kanvas cetus tanda tanya

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PAYA RUMPUT 10 Julai – Dua mayat lelaki ditemui dalam dua bungkusan kanvas berasingan di tepi jalan di Kampung Ujong Padang, Cheng, di sini, pagi tadi.

Bungkusan mayat itu ditemui penghantar barangan runcit kira-kira jam 9 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati kedua-dua lelaki itu dipercayai dibunuh dalam tempoh dua atau tiga hari berdasarkan keadaan mayatnya.

Beliau berkata, siasatan keatas mayat pertama didapati ia diikat dengan ‘kabel tie’ dan tali selain lengkap berpakaian baju-T hitam serta berseluar pendek.

“Tubuh kedua pula ditemui bersebelahan kanvas tubuh pertama dan mangsa hanya berseluar pendek selain di sekeliling tubuhnya terdapat timbunan sampah.

“Bagaimanapun pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri malah kami percaya kejadian berlaku di tempat lain dan mayatnya dibuang di sini,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan itu.

“Buat masa ini belum ada sebarang petunjuk sama ada mangsa ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap atau sebaliknya.

“Diharap menerusi kulit jarinya polis akan dapat mengenal pasti identiti kedua-dua mayat itu,” katanya.

Christopher berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil dengan menghubungi balai polis berdekatan.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat iaitu Asisten Superintendan Muhather Abd Kudus di talian 013-2884878 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah 06-2841999.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3412
Kongsi :
Previous post Cadang Pusat Pendidikan Biodiversiti diperluaskan sebagai pelancongan pendidikan
Next post Kementerian Kerja Raya bantu jayakan TMM2024
Ubah saiz-+=