
Penganggur maut ditetak ketika makan
JOHOR BAHRU, 1 Ogos – Seorang penganggur maut selepas ditetak sekumpulan lelaki ketika sedang makan di kawasan Taman Tampoi Indah, di sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) ACP Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira 8.10 malam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 29 tahun itu diserang empat lelaki bertopeng yang disyaki bersenjatakan parang dan menaiki kereta Honda Accord berwarna putih yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya.
“Mangsa yang cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki serta seluruh badan dibawa ke Hospital Pakar Puteri untuk rawatan namun disahkan telah meninggal dunia.
“Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rupiah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBU di talian 07-5563 122 atau pegawai penyiasat ASP Zawanah Raimi Mokhtar di talian 012-7744 544. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘JURUTERA HUTAN’ PENYERI ZOO MELAKA
AYER KEROH 16 Mei - Beruang matahari yang merupakan spesies beruang paling kecil di dunia memiliki pelbagai keunikan yang mungkin...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA BANTU KUMPUL DANA BANTU ASNAF
AYER KEROH 16 Mei - Keunikan seni budaya Peranakan Baba dan Nyonya dipersembahkan menerusi Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata...
TOK RAUF MAHU PERKASA ANAK MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Pelbagai inisiatif sudah dan akan terus dilaksanakan bagi terus memperkasa aspek pembangunan anak-anak di lima...
BANTUAN ‘ONE OFF’ UNTUK PIBG, SUMBANGAN KHAS HARGAI PESARA GURU
TANJUNG BIDARA - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan sumbangan secara 'one-off' berjumlah RM213,000 kepada Persatuan Ibu...
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
