Pengayuh beca Melaka pertama di Malaysia terima bayaran melalui e-wallet

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 18 April – Hampir 80 peratus pengayuh beca di Melaka menerima bayaran melalui applikasi e-wallet Touch N’go daripada pelancong di Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia sekali gus menjadikan beca Melaka adalah antara perkhidmatan beca pertama di Malaysia yang menggunakan applikasi e-wallet.

Katanya, transformasi ke arah pembayaran tanpa tunai itu dibantu oleh Bahagian Promosi Pelancongan Melaka sebagai antara langkah mencegah penularan COVID-19.

“Saya percaya ia juga merupakan kaedah mesra pengguna sesuai dengan peredaran semasa.

“Tahniah abang-abang beca dan juga Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 305 Pengayuh-Pengayuh Beca Melaka Tahun 2022 di Auditorium Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari dan lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata sebanyak 20 peratus pengayuh beca yang masih belum berdaftar menggunakan aplikasi e-wallet itu akan diselesaikan sebelum Aidilfitri.

“Kalau boleh sebelum raya dapat selesai kan baki tersebut, ada pengayuh beca yang tiada di Melaka..mungkin dalam 10 orang pengayuh beca yang masih belum daftar.

“Bila adanya kaedah ini ia dapat memudahkan pelancong selain menambah pendapatan pengayuh beca kerana ia terus masuk ke akaun bank masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1511
Kongsi :
Previous post Tajuk-tajuk berita utama: Isnin 18 April 2022
Next post Kes basikal lajak: Kerani wanita dibebaskan dengan jaminan sementara rayuan didengar
Ubah saiz-+=