Pengusaha belacan ‘tersepit’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PANTAI KUNDOR 14 Julai – Pengusaha belacan di negeri ini mengakui bekalan udang geragau semakin sukar didapati sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut pengusaha belacan Mak Long Tanjung, Zurinah Mat Chalit dan Mohd Azmi Doraman, ada beberapa faktor yang menyebabkan bekalan udang geragau di Melaka sukar didapati dan menyebabkan harganya melambung tinggi

“Sekarang ini memang sukar nak dapatkan bekalan bahan mentah di Melaka. Berbeza dengan beberapa tahun dahulu, mungkin salah satunya disebabkan oleh faktor tambak laut yang berlaku di negeri ini.

“Tetapi yang paling utama ialah kaedah tangkapan udang geragau di Melaka berbeza dengan negeri-negeri lain. Di sini, kita hanya menggunakan kaedah tradisional iaitu menyungkur untuk mencari udang geragau. Jadi, hasil yang diperolehi itu hanyalah dalam anggaran puluhan kilogram kalau tiba musimnya.

“Berbeza dengan kaedah tangkapan di negeri lain yang menggunakan kaedah pukat tunda hingga mampu memperoleh bertan-tan hasil udang geragau dalam satu masa,” katanya.

Justeru, Zurinah berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bekalan udang geragau di Kukup (Johor), Kuala Selangor (Selangor) dan Kuala Perlis (Perlis) untuk menampung permintaan belacan yang kian meningkat.

“Biasanya dalam sebulan kita memerlukan lebih tiga tan bekalan udang geragau. Sebab itu kita memerlukan lebih banyak bekalan bahan mentah ini di luar Melaka.

“Jadi, kita tidak boleh bergantung harap kepada bekalan yang ada di Melaka sahaja kerana biasanya hasil yang ada hanya cukup untuk dibuat makan sahaja,” katanya lagi.

Views:

712
Kongsi :
Previous post Arkib digital dalam talian
Next post Tidak mengaku sumbang mahram adik kandung
Ubah saiz-+=