Pengusaha dobi rugi RM1,000 ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud

ALOR SETAR, 13 Mac – Seorang pengusaha dobi di Kuala Kedah mengalami kerugian RM1,100 selepas ditipu seorang lelaki yang menawarkan pinjaman wang tidak wujud, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Supt Elias Omar berkata mangsa yang merupakan lelaki berusia 37 tahun mendakwa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada suspek yang menawarkan pinjaman wang dengan kadar bayaran balik yang sangat murah.

“Mangsa (pengusaha dobi) kemudiannya menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengaku sebagai ejen pinjaman wang berlesen. Mangsa yang berminat membuat pinjaman RM5,000 telah memberikan salinan kad pengenalan dan penyata akaun bank kepada suspek.

“Suspek telah meminta mangsa untuk membuat bayaran proses seperti pendahuluan, insurans dan sebagainya sebelum wang pinjaman berjumlah RM5,000 itu diberikan kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa telah menggunakan wang simpanannya untuk membuat dua transaksi pembayaran berjumlah RM1,100 ke akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa yang berasa dirinya ditipu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Alor Setar pada hari yang sama. Ekoran itu, polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, Elias menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang panggilan yang mengaku pihak daripada mana-mana jabatan kerajaan atau institusi kewangan selain mereka boleh membuat semakan status akaun di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my>semakmule sebelum membuat sebarang bayaran.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

19

Share and Enjoy !

Shares
Previous post Kerajaan umum kos, kuota haji awal April
Next post PRN Johor: Menang 40 kerusi DUN melebihi sasaran, luar jangkaan – PM