Pengusaha kedai komputer dan telekomunikasi kembali bangkit

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

AYER KEROH 16 Julai- Pengusaha kedai komputer dan telekomunikasi di negeri ini menjangkakan premis mereka kembali menjadi tumpuan apabila dibenarkan beroperasi  semula hari ini.

Pengarah Urusan Pemasaran dan Penjualan Al Ikhlas Gajet, Hafif Muhammad berkata, dia berterima kasih kepada kerajaan apabila membenarkan beroperasi setelah hampir dua bulan tidak membuka kedai.

Katanya, sejak pengumuman itu laman Facebook dan nombor WhatsApp Al Ikhlas Gajet itu dipenuhi mesej pelanggan terdiri daripada ibu bapa yang ingin ‘walk-in’ ke kedai bagi  membeli peralatan bagi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) untuk anak-anak mereka.

HAFIF.

“Kami akan buka kedai secara fizikal…, pelanggan boleh datang ke kedai seperti biasa tetapi bukan hari ini kerana kami perlu meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat memandangkan situasi pandemik agak genting.

“Syukur apabila dibenarkan beroperasi kerana sepanjang hampir dua bulan lalu perniagaan ini hampir gulung tikar selepas 80 peratus jualan merosot.

“Apapun dengan benaran ini kami akan mula beroperasi secepat mungkin dan bangkit semula,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) hari ini.

Sementara itu, Pengurus AJ Vision Mobiletech, Nurshavareeni Khalid berkata, pihaknya amat bersyukur kerana kerajaan membenarkan kedai telekomunikasi beroperasi semula.

Katanya, penutupan hampir dua bulan lalu menyebabkan merosotnya penjualan telefon pintar di kedainya.

Ujarnya, pihaknya pernah memohon kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menjalankan penghantaran telefon kepada pelanggan, namun gagal apabila tidak diiktiraf sebagai sektor perlu.

“Alhamdulillah, melalui dua bulan yang ‘gelap’ dan kini masanya untuk kembali bangkit.

“Kedai kami menjual telefon pintar dengan harga bajet bagi ibu bapa dan waris yang  memerlukan peranti untuk anak-anak mengikuti PdPR.

“Namun disebabkan tidak mendapatkan kelulusan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Melalui hampir dua bulan penutupan premis, jualan merosot, namun ramai pelanggan mencari kami untuk mendapatkan khidmat membaiki alat komunikasi,” jelasnya kepada Melaka Hari Ini (MHI) petang tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

450
Kongsi :
Previous post Macau Scam: Gagal bayar denda, seorang wanita dan dua lelaki dipenjara
Next post Ruang solat masjid tidak akan jadi tempat suntik vaksin – Kamarudin
Ubah saiz-+=