Peniaga burger edar 150 ekor ayam

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BUKIT BERUANG 10 Julai – Prihatin dengan nasib mereka yang terkesan pandemik COVID-19, seorang peniaga burger mengedarkan 150 ekor ayam percuma kepada mereka yang memerlukan.

Irwanizam Ibrahim, 40, berkata, pemberian tersebut merupakan inisiatifnya sendiri bersama keluarga dan bantuan rakan-rakan yang ingin berkongsi rezeki pada golongan terjejas.

Dia yang turut mengusahakan syarikat pengiklanan dan pembinaan berkata, walaupun diriya sendiri terputus pendapatan, dia bersyukur kerana masih mampu ‘bernafas’.

“Bantuan ini mungkin tidaklah seberapa namun saya percaya, ia amat berharga bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

“Niat saya hanya nak kongsi rezeki sebab saya pernah merasa susah dan InsyaAllah, minggu depan kami akan kongsi rezeki dengan ‘rider’ penghantar makanan pula,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di sini hari ini.

Irwanizam Ibrahim

Sementara itu, seorang warga emas, Zainab Daud, 61, berkata pemberian tersebut amat dihargai dalam keadaan semakin ramai yang susah.

“Alhamdulillah, niat asal saya cuma hendak beli burger sahaja, tak sangka pula dapat ayam percuma,” katanya.

Bagi Mohd Rizal Abdul Ghani, 43, inisiatif itu amat baik untuk diteruskan bagi meringankan beban golongan yang tidak dapat bekerja atau langsung tiada pendapatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

517
Kongsi :
Previous post Melaka catat 835 kes, tertinggi selepas Selangor, KL
Next post COVID-19: Satu kes positif, penduduk Perkampungan Portugis perketat SOP
Ubah saiz-+=