Peniaga harap harga minyak masak terus turun

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 5 Oktober – Pengumuman kerajaan mengenai penurunan harga minyak botol pelbagai saiz berkuat kuasa Sabtu ini hingga 7 November depan nyata melegakan peniaga di negeri ini.

Peniaga ayam goreng, Nurul Ilyani Saruddin, 37, ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) berkata, pengumuman itu adalah berita gembira bagi semua peniaga kecil.

“Alhamdulillah syukur dengan penurunan harga minyak masak ini, dapatlah meringankan sedikit beban dan kos perniagaan saya.

“Sudah tiga tahun saya berniaga ayam goreng dan setiap hari menggunakan sekurang-kurangnya lima kilogram (kg) minyak masak, jadi penurunan harga diumumkan amat menggembirakan saya,” katanya.

Sementara itu peniaga pisang goreng Nor Syazani Danial, 18, pula menggunakan 20 kg minyak masak setiap hari.

“Sudah tentu saya gembira apabila kerajaan mahu turunkan harga minyak masak botol, ini dapat menjimatkan kos kami untuk membeli barang perniagaan,” katanya.

photo_6188148142768239824_y
PELANGGAN menunggu tempahan mereka disiapkan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Manakala peniaga ayam gunting Annisa Azwa, 30, meminta supaya insiatif itu dapat berterusan bagi menjamin kelangsungan peniaga kecil sepertinya.

“Bila harga minyak masak naik ada kalanya kami terpaksa berjimat untuk menggoreng ayam, dulu saya jual ayam gunting empat keping RM10, sekarang tiga keping RM10 disebabkan kos yang meningkat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1863
Kongsi :
Previous post Taman Mutiara Habitat Burung Hijrah
Next post Remaja OKU dijumpai lemas dalam kolam
Ubah saiz-+=