
Peniaga rugi RM23,000 ditipu ‘scammer’ jual kereta terpakai di Facebook
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 41 tahun itu mendakwa, telah menghubungi individu yang dikenali sebagai Stacy selepas berminat memiliki kenderaan yang diiklankan menerusi laman sosial itu.
Beliau berkata suspek telah memaklumkan harga kenderaan berkenaan ialah RM80,000 dan meminta mangsa melakukan bayaran pendahuluan.
“Mangsa telah melakukan sebanyak empat transaksi yang keseluruhannya berjumlah RM23,000 kepada nombor akaun yang diberikan oleh suspek.
“Namun, setelah wanita tersebut meminta maklumat lanjut mengenai kenderaan itu, suspek memberikan pelbagai alasan yang membuatkan mangsa berasa curiga dan tertipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA RAI LEGASI 04 RXZ X 125 ZR
AYER KEROH 12 Disember - Ribuan peminat motosikal Yamaha RXZ dan 125 ZR yang juga anak jati Melaka diraikan bersempena...
INISIATIF DIGITAL MELAKA BERPOTENSI DIKETENGAHKAN DI PERINGKAT GLOBAL
AYER KEROH 12 Disember - Usaha pendigitalan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa, sekali gus...
RM310 JUTA UNTUK BANDAR PINTAR MELAKA, FASA PERTAMA BERMULA TAHUN DEPAN
AYER KEROH 12 Disember - Pelaksanaan inisiatif bandar pintar di Melaka yang melibatkan peruntukan sebanyak RM310 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi...
MELAKA KE ARAH NEGERI PINTAR, INFRASTRUKTUR DIGITAL BERSKALA BESAR BAKAL DIBANGUNKAN
AYER KEROH 12 Disember - Melaka dipilih sebagai rakan strategik pelaksanaan pembangunan infrastruktur digital berskala besar, seterusnya bakal merealisasikan visi...
KEMPEN INTERNET SELAMAT 2.0 FOKUS DIDIK IBU BAPA KESELAMATAN DIGITAL
AYER KEROH 12 Disember - Kerajaan komited meneruskan Kempen Keselamatan Internet (KIS) 2.0 pada tahun hadapan dengan memfokuskan pendidikan literasi...
260 KRT MELAKA BEREVOLUSI, JADI NADI PENGGERAK PERPADUAN
AYER KEROH 12 Disember - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diwujudkan di negeri ini telah jauh berubah menjadi sebuah komuniti...
