Peniaga sayur dikompaun RM1,000 langgar SOP

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

 

BANDA HILIR 16 Jan. – Tempoh kelonggaran tiga hari diberikan pihak berkuasa terhadap individu yang melanggar kesalahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 menyaksikan seorang peniaga sayur dikenakan kompaun RM1,000 di sini hari ini.

Peniaga berusia 71 tahun itu berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba dihampiri anggota polis ketika membantu adiknya berniaga sayur di Pasar Bukit Cina, di sini kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

“Sebelum itu, saya perasan ada anggota polis beruniform di kawasan berhampiran mengambil gambar saya sedang membantu adik.

“Waktu itu memang saya memakai pelitup muka tapi tidak menutup hidung kerana berasa rimas, tapi sangka pula ia menjadi kesalahan yang boleh dikompaun sehingga RM1,000,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan media berkata penguat kuasa akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang gagal mematuhi prosedur operasi SOP PKP mulai hari ini termasuk kesalahan rentas negeri.

Tegasnya, kelonggaran selama tiga hari diberikan kerajaan kepada rakyat sejak Rabu lalu sudah cukup dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertolak ansur atau menggunakan budi bicara bagi individu dikenal pasti gagal mematuhi SOP berkenaan selepas waktu itu.

Orang ramai yang masih keliru dengan SOP serta senarai dibenarkan dan tidak dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) katanya boleh mengunjungi laman sesawang MKN atau hubungi hotline setiap agensi atau kementerian berkaitan.

 

Views:

1200
Kongsi :
Previous post Muhyiddin sanjung jasa Tun Salleh Abas perkasa institusi kehakiman negara
Next post Wartawan MHI sayu lihat kesan banjir besar di Pahang
Ubah saiz-+=