Penjawat awam ikrar beri perkhidmatan terbaik walau kerajaan bertukar

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Penjawat awam berikrar akan terus memberikan perkhidmatan berkualiti untuk rakyat dan negara tanpa dipengaruhi ideologi politik.

Presiden Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat berkata,  walau apa jua kerajaan yang memerintah, penting untuk mengutamakan rakyat dan negara daripada kepentingan lain.

“Kami akan terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan untuk rakyat dan negara, serta taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

“Penjawat awam di negara ini akan kekal bebas tanpa dipengaruhi sebarang ideologi politik dalam meneruskan khidmat menjaga kesejahteraan negara secara menyeluruh di bawah payung institusi diraja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, perkhidmatan awam adalah tongak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.

“Penjawat awam harus bijak mendepani cabaran dan memastikan perkhidmatan untuk rakyat tidak terjejas.

“Walaupun kerajaan datang dan pergi bersilih ganti, tetapi perkhidmatan awam tetap kekal setia dalam neutraliti,” jelasnya.

CUEPACS turut menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Jemaah Menteri yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam membela dan memberi khidmat kepada rakyat dan negara sehingga akhir tempoh pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional sejak Mac 2020 lalu.

Sehubungan itu pihaknya berharap segala komitmen, amanah dan tanggungjawab dapat diteruskan kerajaan baharu kepada rakyat dan negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

811
Kongsi :
Previous post Mana hilangnya lebih 4,000 pekerja asing?
Next post Muhyiddin akan jalankan tanggungjawab sebagai PM sementara, bantu negara
Ubah saiz-+=