
Penjawat awam Melaka perlu jadi ejen perubahan
AYER KEROH 23 Jun – Penjawat awam di negeri ini perlulah bertindak sebagai ejen perubahan dalam membantu masyarakat menewaskan penularan pandemik Covid-19.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, selain mendukung inspirasi kerajaan, penjawat awam negeri juga perlu bertindak menjadi suri teladan kepada rakyat negeri Melaka khususnya dalam membudayakan amalan norma baharu.
“Saya berharap agar ketua-Ketua Jabatan dapat memastikan semua kakitangan di bawah seliaan anda memainkan peranan dan fungsi masing-masing dengan lebih bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Penjawat Awam Kerajaan Negeri Melaka Bulan Jun 2020 menerusi sidang video secara langsung di Facebook rasminya hari ini.
Pada masa sama, Sulaiman turut mengingatkan semua agar tidak leka walaupun negara sudah memberi banyak kelonggaran dalam sektor tertentu untuk kembali beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Kita mesti ingat bahawa peperangan terhadap wabak ini masih belum berakhir. Justeru itu, anda semua perlu terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan selain mempraktikkan amalan norma baharu dalam kehidupan,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
‘SATU BUMBUNG, SATU KELUARGA’ PEGANGAN PPPPK BANTU PENIAGA SAMUDERA
BANDAR HILIR 7 November - Berpegang kepada prinsip 'satu bumbung, satu keluarga', Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu (PPPPK) Cawangan...
PRN MELAKA: PENGALAMAN DEKATI MASYARAKAT JADI KEKUATAN ABDUL HAKIM
LENDU 7 November - Pengalaman luas mendekati masyarakat serta keprihatinan terhadap kebajikan penduduk menjadi antara ciri yang dihargai penduduk terhadap...
HAKISAN SUNGAI BERTAM ULU DIKHUATIRI ANCAM LEBUH SPA
SUNGAI UDANG 7 November - Masalah hakisan tebing Sungai Bertam Ulu bukan sahaja mengancam kediaman penduduk, malah berpotensi memberi risiko...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN TINGKAT KEYAKINAN RAIH KEMENANGAN BESAR – ISMAIL SABRI
ASAHAN 7 November – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16...
DEEPAVALI LEBIH BERMAKNA, TOK RAUF SANTUNI MASYARAKAT INDIA MASJID TANAH
LENDU 7 November – Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan suasana sambutan Deepavali bersama...
BAZAR DEEPAVALI LITTLE INDIA LAMBANG PERPADUAN LEBIH 30 TAHUN
BANDA HILIR 7 November - Bazar Deepavali di Little India bukan sekadar menjadi tumpuan masyarakat mendapatkan keperluan perayaan, malah mencerminkan...
