Sorting by

×

Penyambung warisan yang kian pudar

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 22 November – Showcase Neo-Tradisisme: Irama Tradisional Negeri Sembilan dan Melaka 2023 mengangkat alunan muzik irama dan lagu tradisional anak tempatan.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka, Ezlina Alias berkata, showcase tersebut merupakan gabungan warisan budaya dua negeri yang mengamalkan adat perpatih di negara ini.

Katanya, program-program seumpama itu wajar diangkat dan dimartabatkan kerana ia mampu menjadi kesinambungan warisan yang semakin dilupakan.

“Menerusi showcase ini juga persembahan lagu tradisional Melaka akan dimainkan dengan alat musik gabungan seperti tabla, sitar bersama iringan orkestra.

“Harapan saya, akan ada lebih banyak persatuan, pertubuhan yang melestarikan tradisi dan memartabat budaya seumpama ini pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Showcase Neo-Tradisisme di Kompleks JKKN Melaka, di sini, semalam.

Pengarah Jkkn
EZLINA

Hadir sama, Penasihat ArtFAS Yayasan Hasanah, Tan Sri Datuk Norliza Roffli; Pengasas Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan, Prof.Madya Dr. Ahmadrashidi Hasan dan Pengasas Pertubuhan Gerak Amal Negeri Sembilan, Datuk Sr. Ruzsyahriman Jenal.

Showcase Neo-Tradisisme: Irama Tradisional Negeri Sembilan dan Melaka 2023 akan dipentaskan di Encore Melaka, pada 2 Disember depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1524
Kongsi :
Previous post Bunga ‘annual’ ceriakan landskap setiap bulan – MBMB
Next post Pensyarah, pelajar Politeknik Merlimau harumkan nama Melaka di Taiwan
Ubah saiz-+=