Pensyarah, pelajar Politeknik Merlimau harumkan nama Melaka di Taiwan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

MERLIMAU 22 November – Pensyarah dan pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) antara barisan yang mengharumkan nama Malaysia selepas membawa pulang 10 pingat pada Taipei International Culinary Challenge 2023 yang diadakan di Nangang Exhibition Centre Taipei City pada 17 hingga 20 November lalu.

Pengarah PMM, Norizam Sekak memaklumkan pihaknya menghantar seorang pensyarah, Shahrizal Ahmad Selo dan pelajar, Mohammad Syafiq Shamsuddin bersama empat lagi wakil peserta lain yang berjaya mengukir kejayaan membanggakan itu.

Katanya, Malaysia meraih lima pingat pada kategori ‘Fruit and Vegetables Carving Display (Professional and Junior Classes)’ dan lima pingat pada kategori ‘Individu Live Fruit and Vegetables Carving (Professional and Junior Classes).

“Ini merupakan kejayaan serta pencapaian besar peserta terutama dalam sistem politeknik dan kolej komuniti yang secara tidak langsung memperkenalkan makanan tempatan kepada cef antarabangsa.

“Menerusi kejayaan ini, PMM antara tersenarai mengharumkan nama negara sekali gus membantu mempromosikan gastronomi Malaysia dalam peta kulinari dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejayaan itu dilihat sebagai batu loncatan kepada PMM untuk menghantar lebih ramai wakil ke pertandingan di peringkat antarabangsa.

“Menerusi pelbagai pertandingan selepas ini, PMM akan terus melakar nama dengan menghantar wakil pelajar dan pensyarah untuk mempamerkan bakat dan kreativiti masakan masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1037
Kongsi :
Previous post Penyambung warisan yang kian pudar
Next post Banjir di Terengganu, Kelantan dan Perak: Lebih 5,000 mangsa berlindung di 38 PPS
Ubah saiz-+=