
‘Perang’ COVID tak halang Rahmad lawat kawasan
AYER MOLEK 21 Julai – Disebalik kesibukannya ‘memerangi’ virus COVID yang semakin mengganas, Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman turut meluangkan masa mengadakan lawatan kerja di kawasan pentadbirannya seawal jam 10 pagi tadi.
Aktiviti dimulakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek itu dengan melawat kawasan-kawasan pengagihan daging lembu korban di masjid-masjid dan rumah penduduk yang terlibat.
Pada lawatannya, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri itu turut melihat serta memantau kerja-kerja gotong royong dan menurap jalan di Kampung Bukit Gadong.

Sekitar jam 11 pagi Rahmad turut menyampaikan bantuan kit makanan kepada pesakit COVID-19 yang perlu menjalani kuarantin di rumah.
Progamnya melawat kawasan diteruskan sehingga lewat petang ini yang antaranya meliputi kawasan Pengkalan Ranggam, Kandang, Solok Kemang, Â Paya Meranti, Tambak Paya Permai dan Bukit Durian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JEJAK DHU’AFA SANTUNI ASNAF, ORANG KURANG UPAYA
MERLIMAU 22 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) menzahirkan keprihatinan terhadap golongan kurang bernasib baik menerusi program santunan kasih Aidilfitri...
‘DAK RAOP’ TAK LUPA KAWAN LAMA
TANJUNG BIDARA 22 Mac - Riak wajah ceria jelas terpancar pada wajah Ab khalim Baba, 60, sebaik melihat kelibat Ketua...
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...

