
Peratus pengundi hampir 60 peratus setakat 3 petang
MELAKA 20 Nov – Setakat 3 petang tadi , kadar peratusan proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menghampiri 60 peratus.
Menurut data Sistem Peratus Pengundi Keluar Mengundi (SPEKMu) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 57 peratus pengundi daripada 476,037 pengundi biasa sudah menunaikan tanggungjawab, setakat jam 3 petang tadi.
Seramai 495, 196 pengundi berdaftar termasuk pengundi secara pos dan pengundi awal layak mengundi dalam PRN ini.
Sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran telah dibuka di seluruh negeri bermula jam 8 pagi tadi.
Proses pengundian akan berakhir pada jam 5.30 petang ini dan keputusan dijangka diumumkan pada jam 10 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: KEROSAKAN BAHAN KEMPEN ANTARA TUJUH KES DISIASAT
AYER KEROH 3 November – Polis menerima lapan laporan dan membuka tujuh kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
PRN MELAKA: NADARAJAH SANTUNI WARGA EMAS, DENGAR SUARA PENDUDUK GADEK
GADEK 3 November - Kunjungan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.07 Gadek, Nadarajah ke Kampung Hilir...
PRN MELAKA: KEROSAKAN BAHAN KEMPEN ANTARA TUJUH KES DISIASAT
AYER KEROH 3 November – Polis menerima lapan laporan dan membuka tujuh kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
PRN MELAKA: BUKAN POPULARITI, PRESTASI JADI UKURAN – HELMY
DUYONG 3 November - Populariti dan pengaruh di media sosial bukan jaminan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16,...
TOK RAUF TEKAD PERTAHAN MARUAH BANGSA, WARISAN PERJUANGAN UMNO DITERUSKAN
TANJUNG BIDARA 3 November - Perjuangan membela nasib dan mempertahankan maruah bangsa perlu diteruskan demi memastikan generasi akan datang tidak...
PRN MELAKA: ‘ALONG’ MAHU SEDIA TANDAS SELESA UNTUK 24 RUMAH ORANG ASLI
ASAHAN 2 November - Keperluan kediaman lebih selesa, kemudahan tandas yang selamat serta isu kepadatan penghuni dalam sesebuah rumah antara...
