Perdana Menteri dijangka meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 21 Mac – Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 pada 24 April ini bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan besar-besaran itu akan diadakan pada sebelah malam bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

“Kita tidak meletakkan sasaran jumlah pengunjung yang akan hadir ke rumah terbuka itu nanti kerana ia terbuka kepada semua.

“Jadi, saya menjemput semua orang Melaka untuk memeriahkan sambutan pada kali ini,” katanya pada sidang media Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan dan Berbuka Puasa Bersama YAB Ketua Menteri Melaka Bagi Daerah Melaka Tengah Tahun 2024, di Masjid Al Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Noordin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri memaklumkan, selain Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri, Kerajaan Melaka juga akan meneruskan tradisi penganjuran sama di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Semua 28 buah DUN, kita sedang membuat penyelarasan tarikh, jadualnya akan disusun dan dihebahkan supaya kita juga dapat meraikan rakyat-rakyat di peringkat DUN,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1395
Kongsi :
Previous post Jelajah Ramadan santuni 1,250 rakyat memerlukan
Next post Stoking Kalimah Allah: Bukan soal politik, tapi kesucian agama – KM
Ubah saiz-+=