Jelajah Ramadan santuni 1,250 rakyat memerlukan

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 21 Mac – Seramai 1,250 rakyat Melaka yang memerlukan dalam kalangan asnaf dan golongan sasar kurang bernasib baik odisantuni menerusi Program Jelajah Ramadan yang diadakan di semua tiga daerah negeri ini

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, menerusi program itu Kerajaan Negeri juga akan menyampaikan sumbangan kepada individu berkenaan, sebagai tanda prihatin dan meringankan beban mereka.

Katanya, sumbangan yang disalurkan itu adalah hasil usaha Kerajaan Negeri yang turut dibantu pihak swasta yang melaksanakan tanggungjawab membayar zakat perniagaan.

“Sebahagian zakat ini dipulangkan kepada asnaf dan golongan sasar yang kurang bernasib baik.

“Sumbangan itu juga bertujuan menyantuni rakyat yang memerlukan perhatian dan pada masa sama membantu mereka menempuh Ramadan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan dan Berbuka Puasa Bersama YAB Ketua Menteri Melaka Bagi Daerah Melaka Tengah Tahun 2024, di Masjid Al Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Noordin; barisan Exco; Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.

Menurut Ab Rauf, untuk daerah Melaka Tengah, sumbangan itu disalurkan kepada 390 penerima yang melibatkan 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Parlimen Kota Melaka, Hang Tuah Jaya dan Tangga Batu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

100
Kongsi :
Previous post Pembantu kantin didakwa bantu sembunyi wang RM125,000 milik seorang lelaki
Next post Perdana Menteri dijangka meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka
Ubah saiz-+=