PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LINGGI 18 Ogos – Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan sebagai produk pelancongan baharu bagi menggamit lebih ramai pengunjung ke negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah berkata, antara yang menjadi tumpuan ketika ini adalah restoran makanan laut Seacut Seafood terletak di Pusat Perniagaan Kuala Sungai Baru.

Katanya, operasi restoran makanan laut itu dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat menerusi peluang pekerjaan kepada anak tempatan serta penyedia perkhidmatan sokongan yang lain.

“Sekarang kawasan ini semakin menjadi tumpuan, selain menjamu selera pemandangan bot nelayan dan muara sungai juga menggamit pengunjung untuk datang ke sini.

“Saya yakin selepas ini Pusat Perniagaan Kuala Sungai Baru yang selama ini agak suram akan rancak dengan pelbagai aktiviti ekonomi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Soft Launch Seacut Seafood & Majlis Makan Malam Sukan Negeri Melaka DUN Kuala Linggi di Seacut Safod, di sini, pada Sabtu.

Rosli yang juga Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, sebelum tiga pasaraya sudah beroperasi di pusat perniagaan berkenaan.

“Kita doakan lebih banyak syarikat atau individu memilih untuk beroperasi di kawasan ini, semakin banyak yang masuk ke kawasan ini semakin banyak peluang pekerjaan untuk orang Kuala Linggi dapat diwujudkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

161
Kongsi :
Previous post TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA