
Perhimpunan #Turun: Polis serah kertas siasatan esok
KUALA LUMPUR, 28 Julai – Polis akan menyerahkan kertas siasatan berhubung perhimpunan #Turun di hadapan sebuah pusat beli-belah pada Sabtu lepas, kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya esok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata setakat ini, pihaknya telah mengambil keterangan daripada 27 individu yang disyaki terbabit dalam perhimpunan itu.
“Kita sudah lengkapkan kertas siasatan dan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sabtu lepas, kira-kira 100 orang terdiri daripada mahasiswa, ahli parti politik dan beberapa individu berhimpun sambil memegang plakad dan gegantung bertulis “potong gaji menteri”, “turun dan lawan” dan lain-lain.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA : ROSLI MAHU JETI NELAYAN KUALA LINGGI LEBIH SELAMAT
KUALA LINGGI 11 November – Keadaan jeti nelayan yang semakin uzur di sepanjang Sungai Linggi memerlukan perhatian bagi memastikan keselamatan...
PRN MELAKA: BERI PELUANG, HAMEED TERUS BERKHIDMAT
AYER LIMAU 11 November - Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, diminta memberi peluang kepada penyandang kerusi itu, Datuk...
PRN: MICHAEL GAN AKUI SETIAP UNDI AMAT BERMAKNA
AYER KEROH 11 November - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer keroh, Datuk Seri Michael Gan...
LIMA AGENDA PERKUKUH EKOSISTEM DATA RAYA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 11 November - Kerajaan Negeri menggariskan lima agenda utama bagi memperkukuh ekosistem Data Raya negeri, termasuk memperluas penggunaan...
RISDA PERKUKUH PERANAN PEMBELI UTAMA, HARGA GETAH CECAH RM5.88 SEKILOGRAM
TABOH NANING 11 November - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan memperkukuh peranannya sebagai pembeli utama (anchor...
PRN MELAKA: HAKIM GANDAKAN LANGKAH, SERU PENGUNDI LUAR PULANG MENGUNDI
LENDU 11 November - Berbaki dua hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dimanfaatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi...
