PERKOBF mohon kerajaaaan bersama atasi isu ‘kontraktor’ warga asing

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 27 Sept. – Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas ‘F’ (PERKOBF) Malaysia berharap kerajaan bersama merangka jalan penyelesaian bagi mengatasi isu ‘kontraktor’ warga asing yang menjalankan perniagaan membina rumah persendirian di negara ini.

Jelas Presidennya Tukiman Radion, masalah itu yang berleluasa dan dijalankan secara haram amat merbahaya memandangkan kediaman yang dibina tidak mengikut spesifikasi dan mengancam keselamatan penghuni.

“Kita mahu selesaikan isu kartel iaitu mereka yang mengumpulkan lesen dan isu pengubahsuaian rumah persendirian oleh warga asing.

PRESIDEN PERKOBF Malaysia Tukiman Radion

“Yang ketika ini dijalankan secara berleluasa oleh pendatang asing, tak berlesen dan tidak mempunyai apa-apa .

“Mereka melaksanakan aktiviti pengubahsuaian rumah persendirian, mengaut keuntungan dan hantar ke negaranya yang mana nilainya dianggarkan mencecah berbilion ringgit setahun.

“Kebanyakan kerja mereka tidak mengikut spesifikasi dan akibatnya banyak rumah rumah dan saya berharap kerajaan membuka mata dan pantau kegiatan seperti ini.

“Dan menguatkuasakan undang-undang bagi membolehkan projek menaiktaraf rumah persendirian dilaksanakan kontraktor berdaftar sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 Tahun 2020 PERKOBF Melaka di Hotel Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini sebentar tadi.

Terdahulu, mesyuarat tadi telah dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad.

Views:

441
Kongsi :
Previous post KOM tidak mahu ambil risiko anjur kejohanan buat masa ini
Next post Melaka United tewas di Likas
Ubah saiz-+=