
Perluas inisiatif sekolah angkat bersama IPT
SUNGAI RAMBAI 1 Ogos – Perkongsian ilmu membabitkan teknologi antara sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) akan diperluaskan menerusi Program Sekolah Angkat.
Exco Sains, Inovasi, Teknologi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata, program itu dijangka membabitkan 78 buah sekolah menengah seluruh Melaka.
Fairul Nizam berkata, program itu juga secara tidak langsung membuka laluan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke IPT berkenaan.
“Hasil perbincangan antara wakil IPT dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, semua sebulat suara bersetuju program ini dilaksanakan.
“Fokus program ini adalah bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Rambai, di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis, Pegawai Daerah Jasin, Rahizi Ranom dan Pengarah JaPen Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah.
GAMBAR Hiasan. Foto MR AZLI
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DALAM BERAYA, MELAKA DIDIK RAKYAT AMAL KITAR SEMULA
AYER KEROH 28 Mac - Di sebalik kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka, Kerajaan Negeri turut...
MASYARAKAT CINA AKUI MELAKA MEMANG MESRA, SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus mendapat sokongan rakyat berbilang kaum, termasuk komuniti Cina di...
‘RAKYAT PUN SAYANG MELAKA’
AYER KEROH 28 Mac - Rata-rata rakyat Melaka mengakui dapat merasai gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dibawa Kerajaan Negeri...
CUACA PANAS: MELAKA BERJAYA KURANGKAN 50 PERATUS PEMBAZIRAN AIR, TIDAK LAKSANA CATUAN
AYER KEROH 28 Mac - Meskipun berlaku kemerosotan paras air di empangan utama Negeri Melaka susulan cuaca panas berterusan, namun...
MELAKA PERHALUSI, TELITI KEPERLUAN BEKERJA DARI RUMAH
AYER KEROH 28 Mac - Kerajaan Negeri akan memperhalusi dan meneliti keperluan menguatkuasakan dasar Bekerja Dari Rumah melibatkan penjawat awam...
LEBIH 40,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Lebih 40,000 rakyat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat...
