‘The Bountiful Harvest of BAIYUE’ pelbagaikan produk pelancongan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Ogos – Persembahan akrobatik kreatif ‘The Bountiful Harvest of BAIYUE’ menggabungkan elemen artistik unik dan tradisional mampu mempelbagaikan lagi produk pelancongan bertaraf antarabangsa di Negeri Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif Yong Tai Berhad (YTB), Datuk Leong Sir Ley berkata, persembahan mempromosikan seni, budaya dan pelancongan itu dilihat amat kena dengan perancangan Kerajaan Negeri bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Katanya, persembahan itu adalah jalinan kerjasama antara YTB dan Kumpulan Budaya Guangxi bagi memperingati jalinan kerjasama diplomatik antara Malaysia dan China ke-50 tahun.

Selain itu katanya, penganjuran The Bountiful Harvest of BAIYUE dianggap penting bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 ‘Malaysia & China Comprehensive Strategic Partnership’ (CSP) pada tahun ini.

Jelasnya persembahan membariskan 60 ahli akrobatik dari Institut Seni dan Budaya Guangxi, China, itu dijangka dipentaskan di Encore Melaka, Klebang, pada suku keempat tahun ini.

“Kami amat berbesar hati dan gembira untuk mempersembahkan buat julung kalinya The Bountiful Harvest of BAIYUE kepada rakyat Malaysia. Pertunjukan ini menggunakan dwi bahasa iaitu Mandarin dan Inggeris supaya penonton lebih memahani serta menjiwai maksud yang disampaikan.

“Persembahan mengisahkan tentang kehidupan dan pekerjaan selain turut memaparkan inspirasi daripada rutin harian budaya yang berbeza. Pertunjukan akrobatik kreatif pula diselitkan elemen tradisional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media The Bountiful Harvest of BAIYUE yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif YTB Datuk Beh Hang Kong dan Pengerusi Kumpulan Industri Budaya Guangxi, Huang KeHong di Bukit Cina, di sini, semalam.

WhatsApp Image 2023-07-31 at 4.23.14 PM
KETUA Pegawai Eksekutif Yong Tai Berhad, Datuk Leong Sir Ley bersama Pengerusi Kumpulan Industri Budaya Guagxi, Huang KeHong menandatangi dokumen kerjasama.

Leong yang juga Pengarah Urusan YTB berkata, visi beliau dan pasukan adalah mengangkat status Melaka sebagai bandaraya antarabangsa.

Berikutan itu pihaknya gigih berusaha dalam meningkatkan reputasi Encore Melaka Theatre dengan merancang pelbagai aktiviti termasuk pertunjukan fesyen, seni dan budaya.

Mengulas lanjut beliau berkata, jualan tiket persembahan The Bountiful Harvest of BAIYUE dijangka dibuka September ini, bermula dari RM68, RM108 dan RM128.

Sehubungan itu, peminat seni, pelancong atau mana-mana individu berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung persembahan The Bountiful Harvest of BAIYUE boleh melayari Facebook Encore Melaka’s atau laman sesawang www.encore-melaka.com.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1733
Kongsi :
Previous post Perluas inisiatif sekolah angkat bersama IPT
Next post MBMB pantau keselamatan taman permainan empat kali setahun
Ubah saiz-+=