MBMB pantau keselamatan taman permainan empat kali setahun

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 1 Ogos – Pemantuan taman permainan kanak-kanak dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dijalankan empat kali setahun bagi memastikan kemudahan disediakan selamat digunakan, sekali gus menjamin keselamatan pengguna.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, MBMB bertanggungjawab memantau 425 taman permainan kanak-kanak dalam kawasan pentadbirannya.

Rais berkata, setiap hari pegawai MBMB akan memantau sekitar 20 taman permainan bagi memastikan kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik.

“Taman permainan yang rosak akan diselenggara dalam tempoh seminggu selepas aduan diterima dan peralatan taman ini menggunakan standard ISO:45001.

“Bermula 2021 hingga Julai tahun ini peruntukan berjumlah RM3.025 juta telah disalurkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyelenggara 818 taman permainan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zahari Abd Kalil (BN-Durian Tunggal) pada Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Jelasnya setiap PBT mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam memastikan keselamatan kemudahan awam itu dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

923
Kongsi :
Previous post ‘The Bountiful Harvest of BAIYUE’ pelbagaikan produk pelancongan Melaka
Next post Bantu golongan B40 berniaga – Exco
Ubah saiz-+=