Perluaskan penubuhan PAWE, kurangkan bergantung pada pusat kebajikan

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 20 Disember – Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 28 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ditubuhkan bagi mengurangkan kebergantungan warga emas kepada institusi kebajikan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, penubuhan PAWE itu bagaimanapun akan dibuat secara berfasa bagi memastikan ia dapat dilaksanakan.

“Setakat ini kita ada tujuh PAWE yang mana salah satunya baharu ditubuhkan iaitu PAWE Taboh Naning.

“Tujuan kita menambah PAWE untuk memastikan warga emas di negeri ini mempunyai aktiviti mereka sendiri selain menjana pendapatan.

“Alhamdulillah ramai bertanya macam mana untuk mohon tubuhkan PAWE ini, insya-Allah selepas ini setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mempunyai PAWE,” katanya.

berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Apresiasi PAWE dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) sempena Sambutan Hari Warga Emas dan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Melaka Tahun 2023 di di Dewan Mini Bistari di sini, semalam. 

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Wira (Dr) Asmah Ab Rahman.

Hadir sama isteri Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI), Datin Seri Utama Zuriyah Abd Aziz; isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Wira Rohaya Kamaludin; Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Leng Chau Yen dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Zulkifli Hanifah.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata PAWE ditubuhkan bagi menghimpunkan warga emas untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.

“Kita tiada had untuk tubuhkan PAWE dan untuk makluman akan ada penambahan dua PAWE lagi tahun hadapan.

“Akan ada pertambahan lagi PAWE setiap tahun, sebelum ini kita sasarkan enam PAWE ikut parlimen sahaja, tetapi selepas ini kita sasarkan mengikut DUN,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1061
Kongsi :
Previous post Berpegang teguh kepada integriti, simpan kerahsiaan kerajaan – KM
Next post Restoran terapung tawar pakej perkahwinan moden dan tradisional
Ubah saiz-+=