Permintaan air tinggi punca gangguan bekalan di 55 kawasan – SAMB

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 8 Jan – Permintaan air yang tinggi (high demand) menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air luar jangka di 55 kawasan di daerah Melaka Tengah.

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, permintaan air yang tinggi itu menyebabkan berlakunya penurunan paras Kolam Duyong

Kata kenyataan itu, berikutan daripada masalah tersebut telah menyebabkan sebahagian kawasan terputus bekalan air atau menerima tekanan air rendah.

“Pihak SAMB mengambil segala usaha untuk menstabilkan semula paras kolam yang terjejas dan jangkaan bekalan air pulih sepenuhnya adalah pada tengah malam hari ini.

“Sebarang info terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi SAMB. Segala kerjasama pengguna sepanjang proses pemulihan bekalan adalah amat dihargai.

“Untuk maklumat lanjut hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami yang beroperasi 24 jam di talian 15800 atau SMS/Whatsapp di 013-751 5800. Terima kasih dan mohon maaf atas kesulitan,” kata kenyataan tersebut.

Untuk rekod, antara kawasan yang bakal mengalami gangguan ialah di sekitar Alai, Tambak Bugis, Bukit Punggor, Telok Mas, Pernu, Duyong, Semabok, Ayer Molek, Padang Temu, Ujong Pasir, Melaka Raya dan Kandang.

Maklumat lanjut mengenai butiran kawasan terjejas boleh didapati menerusi laman Facebook SAMB.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1929
Kongsi :
Previous post Persiapan kembali ke sekolah di Melaka ‘hambar’
Next post Pekerja swasta maut dalam nahas lapan kenderaan
Ubah saiz-+=