Persatuan sukan perlu agresif anjur kejohanan, bantu atlet baiki ranking

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 21 Julai – Persatuan sukan di negara ini disaran lebih agresif untuk memohon geran padanan sukan bagi menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penganjuran acara atau kejohanan berskala besar berpotensi membantu kedudukan ranking atlet negara.

Katanya, kerajaan telah memperuntuk sejumlah RM40 juta menerusi Geran Padanan Sukan yang berbentuk ‘reinvestment’ untuk dimanfaatkan oleh persatuan sukan dan pemain industri sukan.

“Kita mengalu-alukan lebih banyak persatuan kebangsaan untuk anjur kejohanan peringkat antarabangsa dan sebenarnya kita mampu jadi hos atau tuan rumah (penganjur) bagi peringkat Asia dan Asean.

“Menerusi sesi libat urus yang pernah dibuat sebelum ini, ramai atlet memberikan reaksi untuk perbanyakkan kejohanan bertaraf antarabangsa untuk mereka meningkatkan prestasi dan memperbaiki ranking.

“Dan sebab itu geran padanan ini diwujudkan bagi membantu atlet dan persatuan sukan untuk mendapat dana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Kejohanan berlangsung tiga hari bermula hari ini, dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

962
Kongsi :
Previous post MAPEX rujukan bakal pembeli rumah
Next post Mudahkan rakyat Melaka miliki kediaman – KM
Ubah saiz-+=