Persidangan POMR bincang kaedah harungi cabaran doktor pakar

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 28 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited dalam meningkatkan keselamatan dan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh negara selain mencegah kematian pada pesakit jalani prosedur pembedahan melalui kajian kematian perioperatif (POMR).

Timbalan Menterinya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata usaha itu dibincangkan dalam Persidangan POMR kali ke-7 2022 yang diadakan pada 26 hingga 28 Mei di Hotel Ames.

Katanya, menerusi persidangan itu objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran kakitangan penjagaan kesihatan terhadap POMR.

“POMR merupakan audit klinikal kebangsaan berbentuk ‘peer-review’ dimana ia dijalankan oleh sekumpulan pakar bedah dan pakar bius yang berpengalaman dalam bidang mereka untuk menyemak kes kematian yang berlaku sebelum, semasa atau selepas sebarang prosedur pembedahan dijalankan di hospital KKM.

“KKM telah mula memantau kes kematian perioperatif sejak tahun 1992 dan kadar pelaporan kematian perioperatif telah meningkat secara eksponen lebih dari 92 peratus pada tahun 2021 dengan kadar kematian perioperatif di negara ini pada 0.5 peratus.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha berterusan KKM bagi memastikan peningkatan kebolehcapaian penjagaan pembedahan dan anestetik serta masa yang sama mengurangkan komplikasi pembedahan, morbiditi dan kematian.

“Di bawah Pembedahan Global 2030 melaporkan pada tahun 2030 kadar kematian pelaporan perioperatif mencapai 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Persidangan POMR Kebangsaan Kali ke-7, 2022 di Hotel Ames, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rusdi Abd Rahman.

Mengulas lanjut, ujar Noor Azmi, seramai 350 peserta terdiri daripada penceramah antarabangsa dan tempatan yang merupakan pakar dalam bidang perubatan daripada KKM dan sektor swasta hadir pada persidangan selama tiga hari itu.

Ujarnya, terdapat juga beberapa pempamer terdiri daripada sektor perubatan swasta membuka pameran dan jualan sepanjang persidangan itu berlangsung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1214
Kongsi :
Previous post Tempoh perkhidmatan guru COS ambilan Jun dilanjut – Radzi
Next post Makan Malam HAWANA julang jasa wartawan
Ubah saiz-+=