Pertandingan Memancing Sungai Melaka tawar hadiah bernilai RM73,500

Masa Membaca:58 Saat

BANDARAYA MELAKA 15 Februari – Sebanyak RM73,500 nilai keseluruhan hadiah ditawarkan kepada kaki pancing menerusi penganjuran Pertandingan Memancing Sungai Melaka yang diadakan pada 25 Februari depan.

Tourism Melaka dalam kenyataannya berkata, pertandingan dianjurkan di Sungai Melaka Fasa 2 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari menawarkan 200 hadiah kepada peserta.

Menurutnya, sebanyak RM30,000 ditawarkan kepada pemenang utama, diikuti RM7,000 buat naib juara dan RM3,000 bagi tempat ketiga.

Manakala, tempat keempat hingga ke sepuluh bakal membawa pulang RM500 diikuti tempat ke 11 hingga 20 sebanyak RM300 dan tempat ke 21 hingga 200 akan membawa pulang saguhati RM150.

Katanya program dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Jabatan Perikanan negeri turut menawarkan sebuah bot beserta enjin sangkut sebagai cabutan bertuah utama serta pelbagai barangan elektrik buat peserta bertuah.

“Sebanyak 1,500 kemeja-t akan disediakan pada pertandingan ini dengan yuran penyertaan RM80 dikenakan bagi sebatang joran.

“Untuk penyertaan peserta dikehendaki mengimbas Kod QR di iklan tertera di media sosial sebarang pertanyaan boleh hubungi 06-2814322/23 atau 017-6287899,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3399
Kongsi :
Previous post Tiga PPRT diserahkan di DUN Durian Tunggal
Next post Usaha basmi kemiskinan tegar di KL, Melaka dan Negeri Sembilan capai 100 peratus – PM
Ubah saiz-+=