
PERZIM cadang tukar nama Bukit St Paul
BANDA HILIR 13 Julai – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bercadang menukar nama Bukit St. Paul kepada nama lamanya, Bukit Melaka.
Pengurus Besarnya, Mohd Nasruddin Rahman berkata, usul berkenaan dibuat bagi mengembalikan nilai sejarah bukit berkenaan yang pada awalnya milik kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
“Bukit Melaka adalah nama asalnya. Bila penjajah masuk Melaka nama itu ditukar kepada Bukit St. Paul. Jadi, sekarang seolah-olah kita sedang mempromosikan nama gereja yang ada di situ.
“Jadi, kita mahu kembalikan nama itu kepada pemilik asalnya iaitu kerajaan Kesultanan Melayu Melaka,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya kini sedang menyediakan kertas kerja untuk menukar nama berkenaan dan ia akan dibawa ke peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diluluskan.
“Kita akan bawa ke mesyuarat Exco dan jika mendapat kelulusan kita boleh tukar nama Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka. Ia hanya memerlukan kelulusan sebelum nama itu boleh diwartakan.
“Kertas kerja untuk penukaran nama itu sudah disediakan dan kita akan mengusulkannya dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
‘WIRA’ MAIM DISARAN PERLUAS PERANAN KE BIDANG KECEMASAN
AYER KEROH 7 September - Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disaran memperluas skop peranan kepada bidang...
KERETAPI SARONG MELAKA SASAR LEBIH 3,000 PESERTA
BANDA HILIR 7 September - Lokasi tumpuan sekitar Banda Hilir dijangka meriah dengan kehadiran ribuan peserta yang menggayakan kain sarung...
TOK RAUF DEKATI VETERAN, SUMBANG RM3,000 BANTU GERAK KERJA PERSATUAN
SUNGAI UDANG 7 September – Kesudian Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meluangkan masa menyantuni golongan Veteran Angkatan...
MPAG SENTIASA DI HATI ORANG AYER LIMAU
AYER LIMAU 7 September - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer memuji peranan besar...
WRUR AYER LIMAU: MPAG GANTI SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DUA RUMAH BERUSIA LEBIH 40 TAHUN
AYER LIMAU 7 September - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) antara agensi utama yang turun padang menyantuni rakyat sedang menghadapi...
1,000 KAMPIT BERAS DIAGIHKAN SEMPENA JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 7 September - Sebanyak 1,000 kampit beras sumbangan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diagihkan kepada...
