Pesilat negara buat penampilan pada Teater Tun Fatimah

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 8 September – Membariskan kira-kira 30 pelakon termasuk artis terkenal tanah air dan pesilat negara, teater Tun Fatimah Srikandi Empayar Melaka mengisahkan perjuangan Tun Fatimah kembali menemui peminat hujung bulan ini.

Presiden Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) Lokman Ab Ghani berkata, pementasan kali kedua dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 September ini di Dewan Besar Kolej Yayasan Saad (KYS) itu menjanjikan persembahan menarik kerana turut menampilkan atlet negara.

Katanya, teater itu mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) selain tarikh pementasan adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-15 Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

“Jalan cerita masih dikekalkan, cuma ada sedikit perubahan pada skrip dan juga pelakonnya utamanya yang kali ini akan dimainkan oleh Neera Azizi sebagai Tun Fatimah manakala Ashraf Muslim sebagai Sultan Mahmud.

“Selain itu, teater ini akan turut dibintangi oleh pelakon veteran Datuk Jalaludin Hassan, Aziz M Osman dan juga Danial Dasuk,”katanya ketika ditemui pada sidang media Tun Fatimah Srikandi Empayar Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Terdahulu, perasmian teater itu disempurnakan Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar selain turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka Ezlina Elias.

Lokman berkata, lebih RM100,000 diperuntukkan pihaknya bagi menjayakan pementasan yang berlangsung selama tiga hari itu selain tiket sudah mula dijual secara dalam talian bermula 1 September.

“Kalau ikutkan kos, kita peruntukkan lebih RM100,000 termasuk perbelanjaan untuk set persembahan dan juga kostum kesemua artis. Untuk itu kita kita sasarkan kira-kira 1,000 penonton datang menyaksikan persembahan kali ini yang mana setakat ini jualan tiket amat memberangsangkan.

“Pemilihan dewan KYS adalah selaras hasrat pihak kolej yang mahu berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai seni teater kepada pelajar mereka. Sebelum ini kita pentaskan Tun Fatimah Srikandi Empayar Melaka ini di Panggung Bangsawan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5033
Kongsi :
Previous post Peserta RXZ Members 5.0 maut kemalangan di LPT2
Next post Seni kanvas penghormatan buat pelaut
Ubah saiz-+=