Pesta Kopi Melaka: Lubuk rezeki usahawan, barista tempatan

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 Feb – Bagi peminat kopi tak kiralah kopi ikat tepi, kopi marhaen atau ‘kopi kayangan’, Pesta Kopi Melaka adalah ‘syurga kopi anda’.

Pengurus Projek Pesta Kopi Melaka, Mohd Nasir Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Seir Rashid berkata pesta itu bertujuan mengetengahkan inisiatif usahawan tempatan dan menonjolkan seni dan kreativiti dalam pembuatan kopi.

“Di Pesta Kopi Melaka, lebih 50 usahawan kopi tempatan seluruh negara berkumpul untuk mempersembahkan produk minuman kopi masing-masing serta menunjukkan pelbagai cara dan seni penyediaan kopi,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Sementara itu bagi Pengusaha Kopi Laiyan.KL, Muhammad Afiq Junaidi, 29, pesta kopi itu memberi peluang kepada usahawan muda untuk tonjolkan seni dalam meniaga kopi.

Pengusaha kopi Laiyan.KL, Muhammad Afiq Junaidi ditemui pada Pesta Kopi Melaka di The Shore Shopping Gallery, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Kewujudan pesta kopi ini bagus, kerana menghimpunkan vendor-vendor kopi tempatan dari pelbagai latar belakang, pelbagai negeri dan sudah semestinya dianggap syurga kopi buat peminat kafein.

“So far, sambutan hari pertama pesta kopi ini sangat memberansangkan, dan saya menyasarkan untuk menjual 500 cawan kopi dalam tempoh dua hari ini dan insya-Allah diharapkan tercapai,” katanya.

Nada sama turut disuarakan oleh pengusaha pakaian vintage dalam Serba-Serbi Flea Market, Muhamad Alfadhlee Muhamad Razif , 31.

Dia yang menjual pelbagai pakaian vintaj turut menyifatkan Pesta Kopi Melaka lubuk rezeki buat dia dan rakan-rakan pengusaha pakaian vintage lain.

“Selain dari Pesta kopi, kami di Tingkat dua di The Shore Shopping Gallery, turut menjual barangan vintage berkualiti dan semestinya jika tarikan pada pesta kopi memberangsangkan, kami peniaga di Serba-serbi flea market turut terkena tempias rezeki.

“Jadi di hari terakhir (Ahad), kita harapkan lebih ramai pengunjung ke Pesta Kopi Melaka dan jangan lupa singgah ke Serba-Serbi,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2129
Kongsi :
Previous post Rayan meninggal dunia selepas dibawa keluar
Next post Tun Mohd Ali rasmi Istiadat Konvokesyen PMM 
Ubah saiz-+=