
Petugas kesihatan yang divaksinasi alami gejala kurang teruk apabila dijangkiti COVID-19
KUALA LUMPUR 17 April. – Semua petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 selepas menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, mengalami gejala yang tidak teruk, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
“Memang jelas kita masih boleh dijangkiti selepas lengkapkan vaksinasi, namun jangkitan itu tidaklah teruk sangat,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.
Katanya walaupun vaksin membawa sedikit harapan dalam perjuangan melawan penyakit tersebut, orang ramai perlu ingat bahawa itu tidak bermakna mereka boleh mengabaikan langkah-langkah kesihatan awam selepas vaksinasi mereka lengkap.
Dr Noor Hisham menegaskan tidak ada sesiapapun yang terjamin selamat sehingga semua orang selamat dan meminta orang ramai agar terus mematuhi semua langkah pencegahan.
Menurut beliau, 40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas melengkapkan dos vaksinasi mereka, dengan sembilan orang dilaporkan dijangkiti setelah lebih dua minggu menerima dos kedua sementara 31 lagi dijangkiti dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas inokulasi.
Dr Noor Hisham berkata seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti selepas menerima dos pertama, manakala 244 orang pula dijangkiti sebelum menerima vaksin berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RUMAH BAHARU HADIAH TERINDAH BUAT KHADIJAH
AYER KEROH 23 Jun - Selepas lebih tujuh dekad menumpang teduh di rumah pusaka yang semakin uzur dan tidak selama...
BULATAN PALING SIBUK DI MELAKA KINI LANCAR
KESIDANG 23 Jun – Keputusan berani memansuhkan penggunaan lampu isyarat di Bulatan Malim Jaya terbukti menjadi titik perubahan kepada penyelesaian...
59 MUALAF BAHARU DIREKODKAN DI MELAKA SETAKAT JUN
KESIDANG 22 Jun - Seramai 59 individu memeluk Islam di Melaka sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, sekali gus...
SHANMUGAM CHIEF DE MISSION MELAKA KE SUKMA SELANGOR
AYER KEROH 22 Jun - Pelantikan sebagai 'Chief de Mission' Melaka ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 buat kali...
‘RAMAI KATA STPM SUSAH, ZHEN HONG SAHUT CABARAN JADI TERBAIK’
TELOK MAS 22 Jun - Tanggapan ramai bahawa sukar untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dianggap...
MELAKA PASANG LEBIH 100 ‘SPEED BREAKER’ TEBAL KURANGKAN RISIKO KEMALANGAN
TELOK MAS 22 Jun - Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan pemasangan dan penambahbaikan lebih 100 'speed breaker' (bonggol jalan) di...

