
Pidato TYT platform hayati Rukun Negara
AYER KEROH 30 Ogos – Usaha kerajaan negeri menganjurkan Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan TYT pada 7 dan 8 September ini bagi memberi kesedaran kepada rakyat pentingnya penghayatan Rukun Negara.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Wira Ar. Ismail Othman berkata, menerusi pertandingan itu lebih ramai anak muda faham akan perpaduan dalam negara.

“Kita harap lebih ramai penglibatan daripada anak-anak muda, sekali gus melahirkan generasi yang lebih baik pada masa akan datang.
“Yang penting adalah perpaduan, sebab tu saya nak lihat lebih ramai penglibatan supaya ia boleh membuahkan hasil yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Pertandingan Pidato TYT di Seri Negeri, baru-baru ini.
Jelasnya, usaha itu mampu menampilkan anak-anak muda supaya berani berhadapan dengan orang ramai.
“Ia juga mampu menerap nilai-nilai murni tentang Rukun Negara yang semakin pudar dalam diri masyarakat hari ini,” katanya lagi.
Untuk rekod pertandingan itu meliputi empat kategori iaitu, Kategori Umum, Kategori IPT, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Sekolah Rendah.
Views:
Related
Berita Lain
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...
ILMU KEIBUBAPAAN PANDUAN PENTING BUAT BAKAL IBU
TELOK MAS 17 Jun -Setiap wanita menunggu kelahiran cahaya mata perlu mempersiapkan diri daripada aspek fizikal, emosi dan mental yang rapi...


