PKPP: Tempahan hotel di Melaka meningkat

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 12 Jun – Jumlah tempahan hotel di Melaka menunjukkan peningkatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata setakat ini sebanyak 4,932 tempahan bilik hotel telah direkodkan dan dijangka jumlah tempahan akan terus meningkat pada minggu-minggu akan datang.

“Jumlah tempahan itu hanya melibatkan tempahan di hotel tiga hingga lima bintang, dan itu belum lagi termasuk tempahan dengan inap desa, chalet mahupun hotel tiga bintang ke bawah yang beroperasi di negeri ini,” katanya.

Sementara itu Jalaini berkata penyertaan pelbagai syarikat di negeri ini dalam platform aplikasi Melaka eXcess semakin menunjukkan perkembangan posisif.

Beliau berkata Melaka eXcess yang baru beroperasi itu telah merekodkan pendaftaran sebanyak 809 syarikat bagi mempromosikan produk pelancongan masing-masing.

“Apa yang dilihat tempahan hotel diterima hotel-hotel yang berdaftar dengan aplikasi itu juga jtelah mencatatkan peningkatan.

“Ini adalah satu perkembangan positif di Melaka yang menggunakan satu wadah bagi mendapatkan perhubungan perkhidmatan dan perniagaan melalui satu aplikasi.

“Kita akan jadikan aplikasi ini setanding dengan aplikasi e-dagang yang lain seperti Shoppee atau Lazada tetapi ia beroperasi di Melaka.

“Kita sarankan semua peniaga mahupun pengusaha agensi pelancongan untuk mendaftar bagi bersama-sama mempromosikan produk pelancongan di Melaka,” katanya.

Views:

406
Kongsi :
Previous post Didenda RM1,700 buat laporan polis palsu
Next post PKPP khabar indah buat pemilik hom2stay
Ubah saiz-+=