
PM bakar semangat atlet Paralimpik negara
KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu melihat lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar sebanyak mungkin pada Sukan Paralimpik Tokyo.
Ismail Sabri berkata beliau percaya dengan semangat tinggi serta latihan dijalankan selama ini, tiada sebab mengapa barisan atlet luar biasa ini tidak boleh berjaya pada temasya sukan berprestiji di Jepun itu.
“Harapan negara kepada anda semua. Di Rio 2016 (Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil), kita berjaya raih tiga emas dan satu gangsa, maknanya tiga kali lagu Negaraku dimainkan di Rio.
“Kalau boleh saya nak supaya banyak kali bendera Malaysia dikibarkan dan lagu Negaraku berkumandang di Tokyo,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengukuhan Semangat Atlet Paralimpik Malaysia yang diadakan secara maya hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SKRIN LED KAMPUNG KEMUNING ‘LAKU KERAS’
MACHAP JAYA 7 Mei - Kemahuan untuk tampil dengan idea yang berbeza daripada orang lain atau memecah tradisi menjadi kebiasaan...
‘MACHAP HILL’ BUKAN BUKIT BIASA
MACHAP JAYA 7 Mei - Panorama memukau dari puncak 'Machap Hill' yang terletak di Menggong, menjadikan kawasan ini sebagai sebuah...
MAIM JADI ‘JAMBATAN’ RAPATKAN JURANG KOMUNITI DAN ASNAF
AYER MOLEK 7 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan antara asnaf dan mualaf...
TURUN PADANG CARA DUN AYER MOLEK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT – RAHMAD
AYER MOLEK 7 Mei - Pendekatan masuk kampung atau turun padang menjadi amalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek...
WRUR AYER MOLEK: ZIARAH KASIH SENTUH HATI PESARA GURU JAIM, MANTAN PEGAWAI SYARAK
AYER MOLEK 7 Mei – Program Peduli Ummah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek menterjemahkan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap mantan...
KESAN PENCEMARAN DAN ALAHAN UDARA TERHADAP HIDUNG, SINUS DAN TEKAK DI KAWASAN BANDAR
Oleh: Dr. Haji Syed Zaifullah B. Syed Hamzah Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak, Kepala & Tengkuk (ENT) Oriental Melaka Straits...
