
PM Ismail Sabri tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
SINGAPURA, 29 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi beliau sempena pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) melalui udara dan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura.
Ketibaan beliau di Woodlands Checkpoint pada pukul 10.45 pagi disambut oleh rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, sebelum kedua-dua pemimpin itu melawat VTL sempadan darat.
Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkutan Datuk Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke republik Singapura sebagai Perdana Menteri, sebagai memenuhi undangan Lee.
Ia juga merupakan lawatan kedua Ismail Sabri ke negara jiran sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos lepas.
Beliau sebelum ini melawat Indonesia untuk lawatan rasmi tiga hari bermula 9 Nov.
Majlis sambutan rasmi dijadualkan berlangsung di Istana tengah hari ini.
– BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PROJEK PEMBANGUNAN UBAH WAJAH DUN SERKAM
SERKAM 5 Julai – Pelbagai projek pembangunan yang dirancang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam berjaya direalisasikan menerusi Program Wakil...
PERKEMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN MELAKA BERI LIMPAHAN REZEKI KEPADA RAKYAT
BANDA HILIR 4 Julai - Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif untuk terus memperkasakan sektor pelancongan supaya sektor itu bukan sahaja...
SEDEKAD PENGANJURAN MALAKKA DUTCH FESTIVAL
BANDA HILIR 4 Julai - Penganjuran Malakka Dutch Festival yang memasuki ulang tahun ke-10 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam...
FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA DAN MELAKA HERITAGE FESTIVAL 2026 SASAR 10,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 4 Julai - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung sepanjang penganjuran Festival Masakan Warisan Melaka dan...
220 ACARA MENARIK SEPANJANG TAHUN GAMIT PELANCONG KE MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 dilihat mampu memperkukuh kedudukan negeri ini...
KERAJAAN NEGERI TERUS PERKASA WARISAN KULINARI MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 yang dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...


