
PM membayangkan rombakan kabinet bulan ini
Ketika diajukan soalan berkaitan rombakan Kabinet selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 18, di sini, Anwar telah memanggil seorang kanak-kanak Akmal Hafiz Yaseer Arafat, 12, dan memintanya untuk mengulangi soalan berkenaan sebagai mewakili pemberita.
āDatuk Seri, bila rombakan Kabinet,ā tanya kanak-kanak tersebut.
āAkmal cadang bila, sebelum atau selepas 2024,ā tanya Anwar kepada kanak-kanak berkenaan dan Akmal Hafiz menjawab: āSebelum 2024ā.
āDia jawab sebelum 2024. Saya setuju,ā kata Anwar.
Terdahulu, Anwar bersama kira-kira 2,000 jemaah termasukĀ Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naāim Mokhtar, menunaikan solat Jumaat di surau berkenaan yang diimamkan oleh Imam I Surau Putra Al-Amin Fasa 4C Amirul Aqif Ismail.
Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah bertajuk āMemaknakan Kekayaan Dengan Berzakatā yang kandungannya antara lain mengajak umat Islam untuk menunaikan zakat dan mengikis sifat bakhil demi meraih keredhaan Allah SWT.
Usai solat Jumaat, Perdana Menteri turut meluangkan masa menjamu selera di pekarangan surau dan beramah mesra dengan jemaah termasuk kanak-kanak. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.